Friday 27 January 2012

Dakwah

Assalamualaikum..

apa khabar semua..???hehe,,lama dah ndk update Blog kan,,hhehe,,bukan apa,,tidak ada idea,,ahha,,hari ni,,ttba plk nak cakap tentang dakwah,,hehe
   Dewasa kini,,medan dakwah semakin lama semakin berkembang,,pelbagai cara dan modus operandi yang diguna kan bagi menyebarkan dan menyampaikan dakwah seperti contoh dengan menggunakan Blog,Facebook,melalui TV,Radio dan sebagainya,,Ini adalah bertujuan untuk meneruskan usaha Nabi Muhammad SAW bagi menyebarkan Agama Islam Khususnya,,tetapi pernahkah kita terfikir mengapa dakwah islam yang sering kita ajarkan itu tidak mendapat tempat di hati masyarakat dan pernahkah kita terfikir bagai mana sebenarnya cara Rasullullah SAW menyampaikan Dakwah..????
    Itu persoalan yang sering timbul dalam Buah fikiran saya,,saya berpendapat bahawa mengapa dakwah yang disampaikan itu tidaj berkesan kerana,,iyanya mungkin di sebab kan sikap pendakwah itu sendiri yang mana memberi keraguan kepada masyarakat untuk menerima Dakwah tersebut..Hal Ini disebabkan,cara Dakwah yang mereka guna kan adakala nya tidak sama dengan prinsip-prinsip Islam yang sebenar,,ada yang mendesak,,kalau kau tak masuk islam,,masuk neraka lar kau terus,,tanpa ada tapiasa,,iya memang kita tau hakikatnya begitu,,tapi dakwah ni ada pelbagai cara dan ALLAH telah berfirman "La Ikraha Fiddin" ,, yang bermaksud Tiada paksaan dalam agama,,dan juga sepatutnya mereka menyampaikan Bil Hikmah,,antar cara2 dakwah yang diSyorkan oleh islam ialah Mauizatul hassana,Al-hikmah & Al-mujadalah..sekiranya para pendakwah mengguna cara ini,,insyallah,,segala dakwah yang disampaikan oleh para pendakwah isnyallah akan diterima oleh masyarakat dan juga diterima oleh ALLAH SWT..
    Selain itu,,ada juga pendakwah yang tidak menjadikan Rasullulah sebagai pandauan,,mereka hanya menyampaikan dakwah hanya berlandaskan buku yang mereka pelajari dan baca,,orang kata Pak Turut lar atau lebih dikenali sebagai Taqlid,,kengkadang saya pun bersara hairan dan pelik mengapa mereka tidak menjadikan Rasullulah sebagai panduan sedangkan ALLAH telah berfirman yang berbunyi "Laqad Kana Lakum fi Rasullulah hi uswatun hasannah" yang bermaksud telah ada pada diri rasullualh itu suri tauladan yang baik,,dengan ini jelas dibuktikan bahawa Nabi Muhammad adalah contoh ikutan yang terbaik dan Rasullulah jua lar pembawa Rahmat kepada Manusia seperti dalam Firman ALLAH surah Al-Anbiya' ayat 107 yang berbunyi "Wama Arsalnaka ila rahmatan lil alamin"..dgn ini jelas sekali lagi bahawa Rasulullah adalah Roll Model yang terbaik bagi menjalakan tugas sebagai seorang pendakwah
   Apa yang saya kongsikan ini bukan lar untuk menghina atau pun ingin membuatkan sesiapa terasa,,tetapi manusia ini kan pelupa,,maka kita sering lar ingat mengingati antara satu sama lain,,kan Setia islam itu ada lar bersaudara dalam Firman ALLAH SWT yang berbunyi "Inamal Muminu na Ikhwah".. dan kita juga sebagai persedian kita untuk menjadi Umat yang terbaik dalam kalangan manusia iaitu dalam Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah Ayat 110 yang berbunyi 

110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. 
   
  Maka dengan Ayat ini lah mengapa saya berani untuk menulis sedemikian,,sekian sahaja Buat kali ini,,insyallah apa yang disampaikan insyallah kita Amal,,agar Hidup bertambah berkat dan sentiasa lar kembali kepada ALLAH bila di timpah musibah dan mendapat Nikmat,,insyallah..


Islam Is The Solution ^_^

0 comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Narutosan94.blogspot.com