Dalam
perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang
luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak
sesuai dengan harapan.
Dan
sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada
setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk
melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan
memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup
ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan
memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi
bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah
menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak
orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya,
harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa
banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian
Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga
kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari
kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal
hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang
memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan,
pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak
akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita
bermati-matian berusaha mendapatkannya.
[I]"Tiada
suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang
demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,
dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya
kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan
diri.." [B](Surah Al-Hadid: 22-23)[/B][/I]
Maka
sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Copy : I Luv Islam
0 comments:
Post a Comment