Zikrullah adalah sebaik-baik penawar Hati
Ketenangan itu
dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang
bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang
berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata,
"ketika saya dihimpit hutang, jatuh
sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar
beratus-ratus malah beribu-ribu kali
tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya
bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan
"membaca" kalimah zikir. Zikir yang
berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati
(qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih
dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi
zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya
Maha Suci Allah. [B]Itu zikir qauli[/B].
Namun, pada masa yang
sama hati hendaklah merasakan Allah itu
Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah
hendaklah dirasai bukan hanya diketahui.
Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan
sebagainya.
[B]Dimensi Kata, Rasa
Dan Tindakan[/B]
Jika seorang hamba
yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan
sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah"
kepadanya. Firman Allah:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah
akan menghapuskan kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..."
([B]Surah At Tahrim: 8[/B])
Firman Allah lagi:
"... Sungguh,
Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri."
([B]Surah Al-Baqarah: 222[/B])
Sifat ini berbeza
sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu
sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – [I]forgive yes,
forget not[/I]! Hendak memberi hadiah
kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang
daripada api! Begitulah kotornya hati
kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar
memaafkan. Tidak seperti Allah yang
begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila
kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam
hati. [B]Ini zikir qalbi[/B] namanya.
Tidak cukup di tahap
itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke
dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah.
Ertinya, dia melakukan perkara yang
selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan
meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan
sunat dibuat. Manakala yang haram dan
makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat,
mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi.
Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba
di dimensi ketiga zikrullah –[B] zikir
fikli[/B]!
Sekiranya ketiga-tiga
dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka
kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan
dapat merasakan empat perkara:
[B]Rasa
kehambaan[/B]. [B]Rasa bertuhan[/B]. [B]Memahami maksud takdir[/B]. [B]Mendapat
hikmah di sebalik ujian[/B].
Hati adalah sumber
dari segala-galanya dalam hidup kita, agar
kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan
hati kita. Jangan sampai hati kita
kotori dengan hal-hal yang dapat merosak
kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di
dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga
kebersihan hati maka kita juga perlu
untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan
menjaga hal-hal tersebut kita dapat
menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
[B]Rasa Kehambaan[/B]
Rasa kehambaan ialah
rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba
Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi.
Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan,
cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada
Allah. Firman Allah:
"Katakanlah
(Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung
kami, dan hanya kepada Allah bertawakal
orang-orang yang beriman." [B](Surah At Taubah: 51)[/B]
Seorang hamba akan
pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji.
Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan
tidak mempersoalkan mengapa aku yang
diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini
samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu.
Menerima hakikat bahawa kita layak diuji
akan menyebabkan hati menjadi tenang.
Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah
menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba
dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia
menukar kebiasaan-kebiasaan dalam
hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu
yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak
lalu mahu makan-minum secara teratur,
tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan
lain-lain yang menjadi selalunya menjadi
rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak
basah, tidur tak lena, makan tak kenyang
adalah satu "demonstrasi"
seorang yang sudah tercabut rasa
kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa
ujian kita diajar untuk mengucapkan
kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu
orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan
kepada-nyalah kami kembali." [B](Surah Al-Baqarah: 156)[/B]
Mengapa kita
diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali
merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita
adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti
diuji kerana kita hamba, bukan tuan
apalagi Tuhan dalam hidup ini.
[B]Rasa Bertuhan[/B]
Rasa kehambaan yang
serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti
diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul
pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila
kita rasa kurang timbul pengharapan kepada
yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada
yang Maha kaya. Rasa pengharapan,
pengaduan dan permintaan hasil menghayati
sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan
menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya
rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia
ialah dia yang merasa lemah di sisi
Allah.
Ketika itu ujian
walau bagaimana berat sekalipun akan
mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa
yang dialami oleh Rasulullah SAW yang
menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu
Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya
Allah bersama kita!"
Rasa bertuhan inilah
yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid
dan mujtahid, para mujahid dan
murabbi sanggup berdepan kekuatan
majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman
pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah
kecewa dan putus asa dalam kamus hidup
mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah
pertolongan dengan sabar dan solat." ([B]Surah Al-Baqarah[/B])
Dalam apa jua
keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali
ataupun popular, hati mereka tetap
tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan
yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin
bertambah daripada keimanan yang telah
ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." ([B]Surah Al-Fath:
4[/B])
Bila hati tenang
berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat
menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang
beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia
bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu
juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
[B]Memahami Maksud
Takdir Allah[/B]
Mana mungkin kita
mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah
meningkatkan tahap kebergantungan kita
kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya
menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: [I]We can't direct
the wind but we can adjust our sail
[/I]– kita tidak mampu mengawal arah tiupan
angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam
pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya
akan tenang bila kita beriman kepada
Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang
ditimpakan-Nya ke atas kita adalah
bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada
pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang
ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk
kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan
kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak
juga dapat diselesaikan, bersangka baik
kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara
yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi
kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." ([B]Surah Al-Baqarah : 216[/B])
Seorang ahli hikmah,
Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi
katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah
terpisah dalam takdir-Nya, maka itu
adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan
mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan
kekayaan, malah kita dituntut mencari harta.
Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga,
bersangka baiklah dengan Tuhan...
mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala
sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah
maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa,
Allah inginkan kita melaksanakan keadilan.
Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik
kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh?
kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin
untuk memahami apa maksud Allah di
sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan
merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu
Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak
dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan
bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan
(takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita
sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan
sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih
"kerja Tuhan" yakni cuba
menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran
hidup kita dengan meningkatkan iman dari
semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "[I]It's not what happens to you, but it's what you do
about it. It is not how low you fall but
how high you bounce back![/I]"
[B]Mendapat Hikmah
Bila Diuji[/B]
Hikmah adalah sesuatu
yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah
dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah
hanya dapat ditempa oleh
"mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w.
bersabda, "perumpamaan orang yang
beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam
api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi)
dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji,
bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada
Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah
ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar
dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah
adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat
golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah:
"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan
sebagai¬mana yang dideritai orang-orang
terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya
merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" ([B]Surah
Al-Baqarah: 214[/B])
Pendek kata, bagi
orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud
yang baik di sebaliknya. Malah dalam
keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan
taat, ujian didatangkan untuk
meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering
para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata:
"Allah melapangkan bagimu supaya
engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan,
dan Allah melepaskan engkau dari
keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat
perkara ini dapat kita miliki maka hati akan
sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal,
tolong menolong, bergotong royong,
sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita
bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya
jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia
perlukan zikir umpama ikan perlukan air.
Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah
memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan
zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau
tinggal di istana yang luas. Inilah
bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua
manusia tidak kira miskin atau kaya,
berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti
dan melalui jalan yang sebenar dalam
mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!
Copy : I LuV IsLam
0 comments:
Post a Comment